
Rentas Dunia × Globetrotter Leisure
30 Hari di Maghribi. Arab Bukan Lagi Teori.
Program imersif bahasa Arab: belajar di dalam kelas, guna di jalanan Meknes. guru penutur bahasa arab jati, lawatan bersejarah, dan pengalaman yang tak boleh anda dapat dari kelas online.
Yuran & pakej penuh akan dikongsikan semasa sesi perbincangan dengan urus setia program.
Kenapa Maghribi?
Ramai tanya — kenapa bukan Jordan atau Mesir macam program bahasa Arab lain? Sebab kami nak beri lebih dari kelas bahasa. Maghribi tawarkan gabungan unik: bahasa Arab, sejarah Islam Andalus-Afrika Utara, dan persekitaran yang selamat serta kondusif untuk belajar sungguh-sungguh.
Kelas guna Arab Fusha (standard), dan anda akan pelajari juga ungkapan asas Darijah (dialek tempatan) untuk komunikasi harian — supaya anda bukan sekadar faham teori, tapi boleh benar-benar berkomunikasi dengan penduduk tempatan.

10 Sebab Program Ini Berbeza
1. Belajar dalam persekitaran sebenar
guna Arab setiap hari, bukan setakat dalam kelas
2. Gabungan pembelajaran & budaya
sejarah, adat, makanan, seni bina Maghribi
3. Tenaga pengajar berpengalaman
native speakers yang biasa mengajar pelajar antarabangsa
4. Tingkatkan komunikasi dengan pantas
kaedah imersif terbukti lebih berkesan dari kelas konvensional
5. Pengalaman akademik antarabangsa
exposure ke institusi pendidikan luar negara
6. Bina keyakinan diri
latihan komunikasi harian, atasi rasa malu bertutur
7. Jaringan persahabatan global
peserta dari pelbagai latar belakang
8. Nilai tambah kerjaya & pengajian
pengalaman antarabangsa sebagai aset CV/portfolio
9. Selami warisan tamadun Islam
lawatan ke pusat ilmu bersejarah seperti Al-Qarawiyyin
10. Pengalaman sekali seumur hidup
lebih dari sekadar kursus bahasa
Macam Mana Program Ini Berjalan?
- 9.00 pagi – 1.00 tengahari
- Kelas formal (bertutur, mendengar, membaca, menulis, nahu & sarf)
- Petang
- Aktiviti praktikal — pasar, kafe, interaksi komuniti, tugasan berkumpulan
- Sepanjang program
- Arabic Only Challenge — digalakkan guna Arab dalam semua interaksi
Lawatan akademik & budaya
- Masjid & Universiti Al-Qarawiyyin (Fez) — universiti tertua di dunia
- Bandar lama Meknes & Fez
- Sesi masakan Maghribi & diskusi bersama penutur jati
Penilaian & Sijil
Peserta dinilai melalui kehadiran, penglibatan, tugasan, dan pembentangan. Yang memenuhi syarat akan terima sijil penyertaan program.
Penginapan
Apartment (disyorkan — dekat dengan bilik kuliah untuk imersif maksimum) atau hotel/rumah tamu untuk lebih fleksibel. Sarapan & makan tengahari disediakan pada hari tutorial.
Kemudahan Sebenar





Program Ini Untuk Anda Jika...
Apa Yang Termasuk?
- ✅ Pengajian (kelas, modul, bimbingan akademik)
- ✅ Penginapan sepanjang program
- ✅ Makan — sarapan & tengahari (hari tutorial)
- ✅ Aktiviti akademik & lawatan berjadual
- ✅ Urusan pengurusan program keseluruhan
Perincian penuh pakej (termasuk status tiket penerbangan) akan dikongsikan oleh urus setia semasa sesi konsultasi. Setiap peserta akan dapat breakdown yuran yang jelas sebelum membuat keputusan.
Soalan Lazim
Tentang Program
Kandungan & Kaedah Pembelajaran
Kelayakan & Kesesuaian
Logistik & Keselamatan
Sijil, Yuran & Pendaftaran

Bersedia Untuk Hidupkan Bahasa Arab Anda?
Hubungi kami untuk dapatkan yuran, breakdown pakej, dan slot batch yang masih terbuka. Tiada obligasi — kami akan jawab semua persoalan anda dulu.